The Best Supplement in Malaysia

The Best Supplement in Malaysia
Try first then you know the difference!!

Sunday, January 25, 2015

TRIP TO LANGKAWI IN 2015

TRIP TO LANGKAWI EARLY IN 2015
= = = = = =





Alhamduillah sempat menghabiskan masa dengan keluarga selama beberapa hari di awal tahun baru 2015 ini. Za rancang trip ni dah lama sejak dari tahun lepas lagi (Sept 2014). Ok la tiket pun dalam RM140 je sorang pergi-balik KUL-LGK(Langkawi).

Kami take off dalam pukul 7:30 a.m. dari KLIA pada 11/01/15 dan sampai lebih kurang 50 minit lepas tu. Baby Wajahah pun tidur je sepanjang perjalanan Cuma dah nak sampai tu je dia jaga, ok la tak banyak meragam sangat. Risau jugak kot dia menangis dalam flight..huhu..

Selepas selesai ‘deal’ dengan kereta sewa, kami menuju ke Pekan untuk breakfast.Ye la, lapar kot dari awal pagi bangun tak makan lagi. Dalam kapal pun makan kacang je..hehe..





MARDI LANGKAWI
. . . . . . . . . . . . . . . .
Tiket masuk : RM7 dewasa

Tempat pertama kami pergi ialah MARDI Langkawi. Tak de orang pun, time kami sampai tu Cuma ada 1-2 couple Arab yang berkunjung ke situ.
Kami ber 10 menaiki trem yang disediakan untuk pusing satu MARDI. Banyak juga la pokok buah-buahan yang ditanam di sini. Ada pokok rambutan, cempedak, durian, limau barli, belimbing, nenas dan macam-macam lagi. Selain dibawa tawaf sekeliling kebun MARDI, kami juga disajikan dengan buah-buahan yang segar.(hehe..segar la sangatt).



 Pengalaman baru bagi za mungkin dapat tengok sendiri pokok anggur hijau yang ditanam di sini. Buahnya masih belum masak & agak masam.

Tengahari dah penat round MARDI, kami balik ke rumah penginapan untuk berehat & makan tengahari.






MAKAM MAHSURI
. . . . . . . . . . . . . . . . .

Tiket masuk: RM10 (Dewasa)

Petang hari pertama, lepas dah berehat, makan & solat kami meneruskan lagi jejak ke Makam Mahsuri. Za masih ingat lagi last skali za datang Makam Mahsuri ni 2012 dengan suami (Hanimun la sangatt..hehe). Termasuk kali ni dah 3x za datang sini. MIL tak pernah sampai lagi Langkawi, so bawak la dia datang sini tengok apa yang patut.

Tiket pun dah mahal sikit, sebelum ni rasanya tak sampai pun harga tu. Tapi agak berbaloi la, sebab dah banyak ‘improvement’ dari 2 tahun sudah. Siap ada ‘Persembahan Gamelan’ lagi lepas entrance tu. Rumah Mahsuri still lagi sama dari segi struktur binaan. Mungkin ada perubahan pada susun atur barang-barang dalam rumah. Buaian pun masih ditempat asalnya.

Para pengunjung boleh mengetahui salah silah keturunan serta sejarah yang lengkap di sini. Terdapat galeri yang memaparkan perjalanan hidup Mahsuri daripada bagaimana beliau berjumpa dengan suaminya serta bagaimana beliau ‘difitnah’ ketika suaminya berada di luar kampung (ulu Melaka kalau tak silap..haha..kantoii tak baca semua) sehinggala saat beliau dihukum.




DATARAN LANG
. . . . . . . . . . . . . .

Bila cuaca agak redup sikit, kami berjalan-jalan pula di Dataran Lang bersebelahan dengan jeti feri. Memang ramai orang pada petang itu. Za sempat amik gambar ‘back side’ lang je. Anakanda bertuah ni dah start buat hal..hehe.. Tak pe la, next time je la ummi datang lagi & amik gambar banyak-banyak dengan lang tu..heee







~ HARI KE – 2 ~

PADANG MATSIRAT
. . . . . . . . . . . . . . . . .

Selepas breakfast, kami mulakan perjalanan ke Padang Matsirat iaitu lebih dikenali dengan nama Beras Terbakar. Asal usul beras terbakar ni kalau tak silap ketika penjajahan Siam dulu, mereka bakar beras yang disimpan untuk mengelakkan dicuri daripada pihak penjajah.

Di depan rumah yang cantik itu lah (dikatakan rumah ketua kampung) mereka membakar beras yang ada dalam simpanan. Selain daripadanya, di sini jugalah tempat kalau nak borong ‘kain batik’. Memang murah kalau beli banyak-banyak.
MIL & SIL ada jugak borong 10-20 helai untuk dibawa pulang. Za memang jenis tak pandai pakai kain batik, tak beli pun.heee..Za ada beli ‘baju batik je 2 helai’.hee.






GAMAT NUSANTARA
. . . . . . . . . . . . . . . . . .

Dah penat borong kain batik, kami terus ke Nusantara Gamat pula. Tempat di mana minyak gamat diproses dan dijual. Harga standard je la, mungkin murah jika dibandingkan di Pekan Kuah. FIL & BIL ada jugak beli minyak panas disini. Seperti biasa za memang tak de nak beli apa-apa pun. Pergi Langkawi kali ini memang focus jalan-jalan bawak keluarga je. Tak belanja banyak pun







LAMAN PADI
. . . . . . . . . . .

Tiket masuk:RM5

Lepas makan tengahari kami berkunjung pula ke Laman Padi. Ni first time za ke sini. Ada 3 tempat kita boleh lawati ketika berkunjung ke sini.

1)      Laman Herba – Pokok-pokok herba yang mengandungi pelbagai fungsi

2)      Galeri – Sejarah serta perkembangan teknologi padi

3)      Sawah padi – Padi belum masak (hijau je)


Ok, sebelum balik kami dijamu dengan ‘the herba’. Sedap la jugak rasa herba-herba untuk hilangkan dahaga di petang hari.hee






TELAGA HARBOUR
. . . . . . . . . . . . . . . . .

Petang hari yang damai kami menuju pula ke Telaga Harbour jalan ke Gunung Mat Chincang (Skycab). Telaga Harbour ni pelabuhan untuk kapal-kapal layar berlabuh.
Kami park betul-betul di Petronas sebelah Pejabat Imegresen. Kalau datang ke Langkawi tak sah kalau tak bergambar di sini. Cantik gambar kapal-kapal di sini.hehe



~ HARI KE 3 ~

ROTI CANAI ‘BLACK PEPPER’
. . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . . . . .

Sebelum meninggalkan rumah peranginan, kami sempat breakfast roti canai black pepper di ”warung Lebai ” tidak jauh daripada jalan Pantai Tengah. Memang ‘rare’ la roti canai kat warung ni.

Kulit roti canai dan inti didalamnya seakan ‘hemblet’ ada inti ayam, daging & kambing. Sosnya pula di ‘lelehkan’ dengan mayo & black pepper yang ‘superb’. Sedap jugak bagi tekak aku. Roti canai ni kira ala-ala ‘timur+barat’ la..Kenyang la dengan inti yang padat tu.



IDAMAN SURI & HAJI ISMAIL GROUP
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Ok last destinasi ialah Idaman Suri & HIG. Lokasi WAJIB ni kalau sampai di Langkawi. Za sempat jugak rembat ‘tea set’. Yang lain-lain beli cokelat je la.heee


Geram jugak tengok ‘set vantage’..huuuu..tapi disebabkan bajet kali ni tak besar, za beli set tea tu je (“,) Ok next time kene pergi lagi..hehehe..

    
  



No comments: