The Best Supplement in Malaysia

The Best Supplement in Malaysia
Try first then you know the difference!!

Friday, October 17, 2014

REZEKI ALLAH TIDAK SALAH ALAMAT

Alhamdulillah, anak ialah rezeki yang sangat bernilai kepada kita. Allah jadikan sesuatu itu sangat cantik dan sempurna. Ada daripada kita tidak berapa nak senang, tetapi Allah kurniakan mereka harta anak-anak yang ramai di dunia ini. Walaupun terpaksa berkongsi dengan setiap apa yang mereka ada tetapi Allah kurniakan kegembiraan dan keceriaan kepada mereka.

Ada daripada kita yang diuji dengan ujian susah nak dapat zuriat. Kahwin dah bertahun-tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ya Allah besar sungguh ujian sebegitu kepada mereka. Kita janganlah sibuk duk bertanya kepada mereka. Kita seharusnya mendoakan kepada mereka supaya Allah murah kan rezeki mereka untuk mempunyai zuriat sendiri. Mungkin senang bagi kita bercakap, tetapi kepada mereka yang menanggungnya memang perit dan berat sekali."Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"Tetapi ingatlah bahawa " Allah tidak sesekali menguji hamba Nya diluar kemampuan mereka".

Kita jangan sesekali berputus asa untuk berusaha menjaga anak atau amanah Allah ini sebaik mungkin. Apa yang kita perlu lakukan ialah sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang, rezeki yang dikurniakan TIDAK AKAN SALAH ALAMAT. Oleh itu, jika apa pun yang terjadi terhadap kita hendaklah sentiasa REDHA dengan kehendak Nya.

JOM AMALKAN
= = = 
1) Zikir setiap hari..

  • Subhanallah
  • Alhamdulillah
2) Sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan diri

3) Sentiasa mengukuhkan KEIMANAN kita kepada Sang Pencipta.

4) Sentiasa BERDOA untuk kesejahteraan kita, ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, guru-guru dan seluruh Muslimin dan Muslimat di dunia ini. 






SAY NO TO SEMBELIT



GOLONGAN BERISIKO
= = = =
  • Umur semakin meningkat...??
  • Overweight & Obesiti..??
  • Wanita yang sedang berpantang....??
  • Kanak-kanak yang susah nak makan makanan berkhasiat...??

Mereka berkongsi satu gejala yang sama iaitu sukar membuang air besar atau lebih dikenali sebagai SEMBELIT...


PUNCA
= = = =
  1. Kebiasannya sembelit terjadi disebabkan cara pemakanan yang diambil.
  2. Ada juga disebabkan kadar metabolisma badan yang semakin perlahan.
  3. Susu formula juga boleh menjadi punca bayi mengalami kesukaran untuk membuang air besar.

CARA MENGATASI
= = = = =

Cara paling mudah untuk mengelakkan SEMBELIT ialah dengan mengambil makanan yang berserat. Contoh yang paling mudah ialah buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Dalam setiap hari badan kita perlukan serat untuk membantu tubuh menjalankan fungsi penghadaman makanan yang lebih efektif.