The Best Supplement in Malaysia

The Best Supplement in Malaysia
Try first then you know the difference!!

Tuesday, April 11, 2017

BYOB-Bring Your Own Bag

ANNOUNCEMENT

"No Plastic Bag" 
#bebasplastik at Shaklee Home Office & Shipment orders


PENGUMUMAN STOK TERHAD


Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua pembaca blog pentingsihat sekalian.

Dengan ini, dimaklumkan bahawa bekalan stok adalah terhad bagi beberapa produk Shaklee kerana terdapat masalah pengeluaran yang tidak dapat dielakkan.

Mohon maaf di atas segala kesulitan.



Thursday, March 23, 2017

Cerita Oversea.


Alhamdulillah..syukur sangat kami sekeluarga bersama beberapa lagi keluarga angkat aka kawan seofis sempat jalan-jalan makan angin di negara orang iaitu Paris & Portugal pada April 2015 yang lepas. Terima kasih ye syarikat kerana memberi kesempatan kami jalan-jalan jauh naik kapal terbang...hehe..Ye la, bagi kami yang biasa-biasa je ni memang tak la nak jalan jauh-jauh bayar tiket kapal saja pun dah ribu riban kan..huhu..

Memang excited la kami anak beranak, mana taknya ni la first time kami jalan jauh naik kapal terbang sampai berbelas-belas jam...fuhh..dengan si kenik ni lagi..macam-macam ragam si wajahah ni sementara nak sampai tu..Kami naik Emirates Airline dari KLIA - Portugal dan transit di Dubai. Selepas habis conference di Portugal kami terbang ke Paris pulak naik Easyjet airline ala2 airasia airline la kalau kat Malaysia.

Kat sana kami naik train je jalan-jalan. Station Metro pun tak jauh dari hotel kami stay.Station Metro di Portugal lebih simple berbanding di Paris. Kalau dah biasa naik tren kat KL ni xde masalah sangat nak naik Metro kat sana. Lebih kurang je la. Yang penting jangan salah route so kalau nak ke sana kena la study ckit route2 yang boleh sampai ke destinasi tu.



Di Lisbon, kami ade jugak try naik public transport macam bas tu. Tapi cadangan yang sangat sesuai ialah korang boleh try naik Hop On Hop Off (HOPO). Berbaloi la dengan tambangnya. Yang penting, tempat-tempat yang menarik kita dapat singgah.










Thursday, July 9, 2015

BISKUT RAYA SIMPLE 2015

KUIH RAYA SIMPLE 2015 !!

Ha....ni dia sample biskut raya sbenarnya yang paling simple sekali korang boleh try kat rumah. Amik masa mungkin tak sampai setengah jam kot...hehe...


Bahan-bahan:
1) Cornflakes
2) Coklat masakan
3) Bekas biskut (kertas) - saiz paling kecik
4) Colourful Chocolate rice
5) Marjerin

Cara-cara:
1) Panaskan Coklat masakan secara double boil. Masukkan juga marjerin dan kacau sehingga coklat cair dan menjadi hitam pekat & berkilat.
2) Masukkan cornflakes ke dalam bekas yang besar & lenyekkan sedikit cornflakes dengan sudu supaya menjadi serpihan lebih kecil.  
3) Masukkan coklat yang cair yang hitam berkilat tu dalam bekas yang mengandungi cornflakes tadi.
4) Gaulkan sehingga sebati coklat dengan cornflake
5) Letak cornflakes bersalut coklat tadi dalam bekas biskut kertas tadi yang disusun terlebih dahulu.
5) Taburkan Colourful choc rice atas cornflakes yang comel tu.(Boleh gantikan dengan buah ceri, serpihan badam dll)
6) Tunggu sampai sejuk
7) Susun dalam balang. Tara...Dah siap..




-SELAMAT MENCUBA- 

Tuesday, January 27, 2015

4 SEBAB KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMENT




4 SEBAB Kenapa badan perlu supplement..??

1) Supplement  diadakan bertujuan untuk 'membantu mengurangkan' kesakitan serta melengkapkan keperluan-keperluan vitamin yang diperlukan oleh badan. Semakin meningkat usia, badan akan mula lemah dan memerlukan lebih banyak vitamin atau mineral bagi menjalankan fungsi-fungsi kehidupan seharian.


2) Supplement BUKAN UBAT yang mampu menyembuhkan penyakit atau dalam kata lain , pengambilan supplement tidak dapat menghilangkan penyakit TETAPI supplement adalah berfungsi sebagai 'penambah baik' dan menolong otot-otot sendi menjalankan fungsi dengan keadaan yang optimum.

3) Sekiranya badan mencukupi dengan pengambilan vitamin-vitamin dan mineral seharian, kemungkinan tidak menjadi keperluan untuk badan menerima supplement. Dalam kehidupan seharian juga jika seseorang menitik beratkan berapa banyak kalori yang diambil dalam setiap hidangan serta berapa kalori yang dibakar seharian pasti badan sentiasa sihat dan mampu menjalankan tugasan harian tanpa memerlukan supplement. Cumanya dalam kehidupan yang penuh kemodenan hari ini, adakah golongan seumpama ini masih wujud...?? Jika ya, alhamdulillah tetapi berapa kerat aje la terdiri dalam golongan 'ya' ini. 

4) "MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI". Slogan ini memang sangat sesuai dengan fungsi supplement. Badan juga BERHAK mendapat 'makanan' yang mencukupi setiap hari.
 
= = = = = = = = = = = = = = = = = = =  = = = = = = = = = =


Arrgghhh !! Give up sebab:-

1) dah makan supplement tapi masih gemuk

2) dah makan supplement  tapi kulit masih menggerutu/ berjerawat

3) dah makan supplement  tapi pening kepala pulak jadinya

4) dah makan supplement  tapi penyakit masih tak sembuh

5) makan supplement  tapi tak nampak KESAN !!!!

. . . . . . . . .  . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Mengapa 'tak nampak' kesan..?

1) Tiada KONSISTENSI dalam pengambilan supplement

2) Tidak mengikut dos yang ditetapkan. Mungkin terlebih/ tidak cukup - depends pada badan masing-masing
3) Berhenti daripada pengambilan supplement kerana takut dengan 'Healing Crisis".


4) Supplement HANYA mampu 'membantu/mengurangkan' BUKAN menyembuhkan!!

5) Dengan hanya makan supplement, tapi masih makan lewat malam & no exercises at all memang la tak boleh kurangkan berat badan. Lagi menambahkan berat badan ada lah.

6) Kadar toksin dalam badan seseorang tidak sama, lambat cepat tindak balas supplement dengan badan juga bergantung ada kesihatan diri masing-masing. So, cepat atau lambat 'kesan' memang berbeza dan subjektif pada setiap individu.

7) Pengambilan air yang kurang atau tidak mencukupi mungkin menjadi sebab kenapa tidak nampak 'kesan' selepas pengambilan supplement.

8) Mengalami penyakit kronik yang memerlukan masa yang panjang untuk sembuh. 
  


Sunday, January 25, 2015

TESTIMONI VIVIX



TESTIMONI VIVIX

Sedikit Perkongsian daripada Puan N:



- Mak tak boleh langsung makan makanan yang manis , nanti bacaan kencing manis meningkat
- Penglihatan mak kabur , terasa seakan mata membengkak & berair

Selepas:
- Mak dah boleh 'menjamah' makanan manis dengan berkadaran dengan bacaan paras gula masih maintain
- Alhamdulillah, asbab vivix mata mak sudah kurang kabur dan penglihatan mak semakin baik
- Sudah tidak perlu tengok tv dekat-dekat
~ Rahsia Mak ~
1) Makan vivix setengah sudu sehari pada permulaan

.

2) Selepas badan mak dah makin 'sesuai' dengan vivix, mak makan 2 sudu sehari (",)

= = = = = = = =

Alhamdulillah seronok sangat dapat anak macam Puan N ni, sanggup berkorban untuk 'hadiahkan' vivix si tonik ajain ni kepada ibu kesayangan beliau.
......
Sementara promo vivix masih berlangsung, jom pm za sekarang (",)
Zaharati Akmal Abdul Rasid
019 664 6693

COD : Bandar Tasik Selatan serya kawasan berdekatan...
Sebelum:

Sebelum:
- Mak tak boleh langsung makan makanan manis nanti bacaan akan naik.

- Penglihatan mak juga kabur serta terasa mata membengkak & berair.


Selepas:

- Mak dah boleh 'menjamah' makanan manis dengan berkadaran dan bacaan paras gula masih maintain.

Alhamdulillah asbab vivix mata mak dah tak bengkak & berair. Yang paling bestnya penglihatan mak semakin baik. Sudah tidak perlu duduk dekat-dekat apabila menonton tv.



Rahsia Ibu Puan N
= = = = = = = =  = =

1) Pada permulaan, mak hanya makan setengah sudu vivix. Penghidap kencing manis memang susah nak terima apa-apa supplement kerana buah pinggang tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik.


2) Lama-kelamaan, badan mak semakin 'sebati' dengan vivix. Sekarang mak makan 2 sudu vivix sehari.



.. . . . . . . . . . . . . . . 
. . . . . . . . . . . . . . . .

Alhamdulillah, seronok sangat dapat anak macam Puan N ni, sanggup berkorban untuk 'hadiahkan' vivix si tonik ajaib kepada ibu kesayangan beliau.


~ ~ ~ ~ ~

Sementara promo vivix masih berjalan sehingga 31 Jan 2015, anda masih berpeluang untuk dapatkannya.


Hubungi za, sebagai ejen shaklee yang sah

Zaharati Akmal Abdul Rasid
019 664 6693


TRIP TO LANGKAWI IN 2015

TRIP TO LANGKAWI EARLY IN 2015
= = = = = =





Alhamduillah sempat menghabiskan masa dengan keluarga selama beberapa hari di awal tahun baru 2015 ini. Za rancang trip ni dah lama sejak dari tahun lepas lagi (Sept 2014). Ok la tiket pun dalam RM140 je sorang pergi-balik KUL-LGK(Langkawi).

Kami take off dalam pukul 7:30 a.m. dari KLIA pada 11/01/15 dan sampai lebih kurang 50 minit lepas tu. Baby Wajahah pun tidur je sepanjang perjalanan Cuma dah nak sampai tu je dia jaga, ok la tak banyak meragam sangat. Risau jugak kot dia menangis dalam flight..huhu..

Selepas selesai ‘deal’ dengan kereta sewa, kami menuju ke Pekan untuk breakfast.Ye la, lapar kot dari awal pagi bangun tak makan lagi. Dalam kapal pun makan kacang je..hehe..





MARDI LANGKAWI
. . . . . . . . . . . . . . . .
Tiket masuk : RM7 dewasa

Tempat pertama kami pergi ialah MARDI Langkawi. Tak de orang pun, time kami sampai tu Cuma ada 1-2 couple Arab yang berkunjung ke situ.
Kami ber 10 menaiki trem yang disediakan untuk pusing satu MARDI. Banyak juga la pokok buah-buahan yang ditanam di sini. Ada pokok rambutan, cempedak, durian, limau barli, belimbing, nenas dan macam-macam lagi. Selain dibawa tawaf sekeliling kebun MARDI, kami juga disajikan dengan buah-buahan yang segar.(hehe..segar la sangatt).



 Pengalaman baru bagi za mungkin dapat tengok sendiri pokok anggur hijau yang ditanam di sini. Buahnya masih belum masak & agak masam.

Tengahari dah penat round MARDI, kami balik ke rumah penginapan untuk berehat & makan tengahari.






MAKAM MAHSURI
. . . . . . . . . . . . . . . . .

Tiket masuk: RM10 (Dewasa)

Petang hari pertama, lepas dah berehat, makan & solat kami meneruskan lagi jejak ke Makam Mahsuri. Za masih ingat lagi last skali za datang Makam Mahsuri ni 2012 dengan suami (Hanimun la sangatt..hehe). Termasuk kali ni dah 3x za datang sini. MIL tak pernah sampai lagi Langkawi, so bawak la dia datang sini tengok apa yang patut.

Tiket pun dah mahal sikit, sebelum ni rasanya tak sampai pun harga tu. Tapi agak berbaloi la, sebab dah banyak ‘improvement’ dari 2 tahun sudah. Siap ada ‘Persembahan Gamelan’ lagi lepas entrance tu. Rumah Mahsuri still lagi sama dari segi struktur binaan. Mungkin ada perubahan pada susun atur barang-barang dalam rumah. Buaian pun masih ditempat asalnya.

Para pengunjung boleh mengetahui salah silah keturunan serta sejarah yang lengkap di sini. Terdapat galeri yang memaparkan perjalanan hidup Mahsuri daripada bagaimana beliau berjumpa dengan suaminya serta bagaimana beliau ‘difitnah’ ketika suaminya berada di luar kampung (ulu Melaka kalau tak silap..haha..kantoii tak baca semua) sehinggala saat beliau dihukum.




DATARAN LANG
. . . . . . . . . . . . . .

Bila cuaca agak redup sikit, kami berjalan-jalan pula di Dataran Lang bersebelahan dengan jeti feri. Memang ramai orang pada petang itu. Za sempat amik gambar ‘back side’ lang je. Anakanda bertuah ni dah start buat hal..hehe.. Tak pe la, next time je la ummi datang lagi & amik gambar banyak-banyak dengan lang tu..heee







~ HARI KE – 2 ~

PADANG MATSIRAT
. . . . . . . . . . . . . . . . .

Selepas breakfast, kami mulakan perjalanan ke Padang Matsirat iaitu lebih dikenali dengan nama Beras Terbakar. Asal usul beras terbakar ni kalau tak silap ketika penjajahan Siam dulu, mereka bakar beras yang disimpan untuk mengelakkan dicuri daripada pihak penjajah.

Di depan rumah yang cantik itu lah (dikatakan rumah ketua kampung) mereka membakar beras yang ada dalam simpanan. Selain daripadanya, di sini jugalah tempat kalau nak borong ‘kain batik’. Memang murah kalau beli banyak-banyak.
MIL & SIL ada jugak borong 10-20 helai untuk dibawa pulang. Za memang jenis tak pandai pakai kain batik, tak beli pun.heee..Za ada beli ‘baju batik je 2 helai’.hee.






GAMAT NUSANTARA
. . . . . . . . . . . . . . . . . .

Dah penat borong kain batik, kami terus ke Nusantara Gamat pula. Tempat di mana minyak gamat diproses dan dijual. Harga standard je la, mungkin murah jika dibandingkan di Pekan Kuah. FIL & BIL ada jugak beli minyak panas disini. Seperti biasa za memang tak de nak beli apa-apa pun. Pergi Langkawi kali ini memang focus jalan-jalan bawak keluarga je. Tak belanja banyak pun







LAMAN PADI
. . . . . . . . . . .

Tiket masuk:RM5

Lepas makan tengahari kami berkunjung pula ke Laman Padi. Ni first time za ke sini. Ada 3 tempat kita boleh lawati ketika berkunjung ke sini.

1)      Laman Herba – Pokok-pokok herba yang mengandungi pelbagai fungsi

2)      Galeri – Sejarah serta perkembangan teknologi padi

3)      Sawah padi – Padi belum masak (hijau je)


Ok, sebelum balik kami dijamu dengan ‘the herba’. Sedap la jugak rasa herba-herba untuk hilangkan dahaga di petang hari.hee






TELAGA HARBOUR
. . . . . . . . . . . . . . . . .

Petang hari yang damai kami menuju pula ke Telaga Harbour jalan ke Gunung Mat Chincang (Skycab). Telaga Harbour ni pelabuhan untuk kapal-kapal layar berlabuh.
Kami park betul-betul di Petronas sebelah Pejabat Imegresen. Kalau datang ke Langkawi tak sah kalau tak bergambar di sini. Cantik gambar kapal-kapal di sini.hehe



~ HARI KE 3 ~

ROTI CANAI ‘BLACK PEPPER’
. . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . . . . .

Sebelum meninggalkan rumah peranginan, kami sempat breakfast roti canai black pepper di ”warung Lebai ” tidak jauh daripada jalan Pantai Tengah. Memang ‘rare’ la roti canai kat warung ni.

Kulit roti canai dan inti didalamnya seakan ‘hemblet’ ada inti ayam, daging & kambing. Sosnya pula di ‘lelehkan’ dengan mayo & black pepper yang ‘superb’. Sedap jugak bagi tekak aku. Roti canai ni kira ala-ala ‘timur+barat’ la..Kenyang la dengan inti yang padat tu.



IDAMAN SURI & HAJI ISMAIL GROUP
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Ok last destinasi ialah Idaman Suri & HIG. Lokasi WAJIB ni kalau sampai di Langkawi. Za sempat jugak rembat ‘tea set’. Yang lain-lain beli cokelat je la.heee


Geram jugak tengok ‘set vantage’..huuuu..tapi disebabkan bajet kali ni tak besar, za beli set tea tu je (“,) Ok next time kene pergi lagi..hehehe..