Alhamdulillah, anak ialah rezeki yang sangat bernilai kepada kita. Allah jadikan sesuatu itu sangat cantik dan sempurna. Ada daripada kita tidak berapa nak senang, tetapi Allah kurniakan mereka harta anak-anak yang ramai di dunia ini. Walaupun terpaksa berkongsi dengan setiap apa yang mereka ada tetapi Allah kurniakan kegembiraan dan keceriaan kepada mereka.
Ada daripada kita yang diuji dengan ujian susah nak dapat zuriat. Kahwin dah bertahun-tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ya Allah besar sungguh ujian sebegitu kepada mereka. Kita janganlah sibuk duk bertanya kepada mereka. Kita seharusnya mendoakan kepada mereka supaya Allah murah kan rezeki mereka untuk mempunyai zuriat sendiri. Mungkin senang bagi kita bercakap, tetapi kepada mereka yang menanggungnya memang perit dan berat sekali."Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"Tetapi ingatlah bahawa " Allah tidak sesekali menguji hamba Nya diluar kemampuan mereka".
Kita jangan sesekali berputus asa untuk berusaha menjaga anak atau amanah Allah ini sebaik mungkin. Apa yang kita perlu lakukan ialah sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang, rezeki yang dikurniakan TIDAK AKAN SALAH ALAMAT. Oleh itu, jika apa pun yang terjadi terhadap kita hendaklah sentiasa REDHA dengan kehendak Nya.
JOM AMALKAN
= = =
1) Zikir setiap hari..
- Subhanallah
- Alhamdulillah
2) Sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan diri
3) Sentiasa mengukuhkan KEIMANAN kita kepada Sang Pencipta.
4) Sentiasa BERDOA untuk kesejahteraan kita, ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, guru-guru dan seluruh Muslimin dan Muslimat di dunia ini.
8 comments:
Ye betul tu...Allah hanya uji ikut kemampuan..jika berat ujian kita sebenarnya kemapuan kita besar..tapi kdg2 kita je tak sedar
Alhamdulillah ;)
Salam za..
Alhamdulillah, betul tu master za... wawa amalkan 2000 Ya Wahhab.. Subhanallah, ada sokmo org order .yakin dengn rezeki Allah .
Ena, tu la kan kita je selalu je nak salahkan takdir..sebenarnya apa yang berlaku ada hikmah yang baik menanti..In Shaa Allah :)
Afzan, Alhamdulillah semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat dari Nya..Ameen..
Wawa, In shaa Allah semoga kita istiqamah dalam menjadikan zikir amalan harian :)
Alhamdulillah..thanks share..dulu selalu rase xyakin,tp skrg YAKIN dgn rezeki dr Allah..☺️
Alhamdulillah...banyak memberi inspirasi
Post a Comment